Kempen Pemasaran dan Promosi Produk Perkayuan Malaysia di Pasaran Tempatan
Pelaksanaan kempen ini adalah selari dengan Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) dan Pelan Strategik Industri Perkayuan Negara (NTISP) yang mensasarkan peningkatan penggunaan dan permintaan kayu serta produk kayu dalam pasaran tempatan kepada RM20 bilion menjelang 2025. Merujuk kepada Bancian Ekonomi Pembinaan (tahun 2011 dan tahun 2016), hanya 7.61% daripada jumlah nilai bahan pembinaan sebanyak RM97.13 bilion adalah terdiri daripada bahan kayu. Kajian Penggunaan Kayu Dalam Pembinaan yang dijalankan oleh MTIB pada tahun 2018 menunjukkan kurangnya kesedaran tentang bahan dari kayu menjadi antara faktor yang mempengaruhi penggunaan kayu dalam industri pembinaan di Malaysia.
Logo Kempen Pemasaran dan Promosi Produk Perkayuan Malaysia di Pasaran Tempatan |
Kempen Pemasaran dan Promosi Produk Perkayuan Malaysia di Pasaran Tempatan mensasarkan objektif seperti berikut:
- Meningkatkan kesedaran awam/ spesifiers;
- Meningkatkan pencapaian dan pembangunan usahawan;
- Memperkukuhkan pembangunan kapasiti dan perdagangan;
- Menggalakkan pembangunan inovasi dan kreativiti;
- Meningkatkan penggunaan kayu dan produk kayu tempatan;
- Meningkatkan kesedaran mengenai Green, Legality & Sustainability dalam industri perkayuan; dan
- Mencapai sasaran nilai pasaran tempatan sebanyak RM20 Billion menjelang tahun 2025 selaras dengan saranan 'Beli Barangan Malaysia’.
![]() |
|
English


Bahasa Melayu