banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Kempen Pemasaran dan Promosi Produk Perkayuan Malaysia di Pasaran Tempatan

MTIB melalui Bahagian Pembangunan Perdagangan (BPP) mengambil inisiatif untuk melaksanakan Kempen Pemasaran dan Promosi Produk Perkayuan Malaysia di Pasaran Tempatan bagi  memberi kesedaran kepada orang ramai serta agensi berkaitan seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Jabatan Kerja Raya (JKR), The Institution of Engineers (IEM), Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) mengenai keunikan dan kelebihan yang ada pada produk perkayuan tempatan untuk digunakan dalam pelbagai sektor terutama dalam sektor pembinaan.

Pelaksanaan kempen ini adalah selari dengan Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) dan Pelan Strategik Industri Perkayuan Negara (NTISP) yang mensasarkan peningkatan penggunaan dan permintaan kayu serta produk kayu dalam pasaran tempatan kepada RM20 bilion menjelang 2025.  Merujuk kepada Bancian Ekonomi Pembinaan (tahun 2011 dan tahun 2016), hanya 7.61% daripada jumlah nilai bahan pembinaan sebanyak RM97.13 bilion adalah terdiri daripada bahan kayu.  Kajian Penggunaan Kayu Dalam Pembinaan yang dijalankan oleh MTIB pada tahun 2018 menunjukkan kurangnya kesedaran tentang bahan dari kayu menjadi antara faktor yang mempengaruhi penggunaan kayu dalam industri pembinaan di Malaysia.
pic 5

Logo Kempen Pemasaran dan Promosi Produk Perkayuan Malaysia di Pasaran Tempatan

Kempen Pemasaran dan Promosi Produk Perkayuan Malaysia di Pasaran Tempatan mensasarkan objektif seperti berikut:

  • Meningkatkan kesedaran awam/ spesifiers;
  • Meningkatkan pencapaian dan pembangunan usahawan;
  • Memperkukuhkan pembangunan kapasiti dan perdagangan;
  • Menggalakkan pembangunan inovasi dan kreativiti;
  • Meningkatkan penggunaan kayu dan produk kayu tempatan;
  • Meningkatkan kesedaran mengenai Green, Legality & Sustainability dalam industri perkayuan; dan
  • Mencapai sasaran nilai pasaran tempatan sebanyak RM20 Billion menjelang tahun 2025 selaras dengan saranan 'Beli Barangan Malaysia’.
Kemuncak bagi program ini adalah perasmian kempen yang telah diadakan pada 8 November 2023 di Stesen LRT Putra Heights, Subang, Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj. Mad Zaidi bin Mohd Karli, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dengan kehadiran lebih 150 tetamu dari pihak-pihak berkepentingan dalam industri ini.

pic3 pic 4 
TVS Kempen "Kayu Malaysia: Kelestarian Teras Keunggulan". Tuan/puan boleh mengakses pautan DI SINI untuk kempen tersebut.

Terakhir dikemaskini: 11 Mei 2026