banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Panduan Pendaftaran

  • Pendaftaran Baharu & Pembaharuan

    LATAR BELAKANG
    Seksyen 13, Akta 105, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia menyatakan bahawa
    “Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai pengeksport, pengimport, pembekal, pemeringkat, pemproses, pedagang, pengendali atau pengendali jeti melainkan jika dia telah didaftarkan di bawah akta ini”.

    KAEDAH PENDAFTARAN

    A. MELALUI SISTEM ONLINE (Bagi Pendaftaran Pengeksport, Pembekal, Pemproses, Pengendali Jeti & Pemeringkat)
    http://mcs4.mtib.gov.my/mcs

    B. SECARA MANUAL (Bagi Pendaftaran Pengimport, Pedagang & Pengendali)
    Memuaturun dan mengisi Borang Permohonan seperti berikut:-
    a) Pengimport – (Rujuk Prosedur Import)
    b) Pedagang – Borang Permohonan Pedagang
    c) Pengendali – Borang Permohonan Pengendali

    Mohon rujuk Garis Panduan Pendaftaran untuk maklumat lanjut

    Rujuk pautan berikut bagi senarai dokumen wajib pendaftaran: SENARAI DOKUMEN WAJIB PENDAFTAR

    Semua dokumen wajib pendaftaran hendaklah dikemukakan melalui serahan tangan atau pos ke alamat berikut:
    LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (Malaysian Timber Industry Board)
    Tingkat 13–17, Menara PGRM,
    No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras,
    56100 Kuala Lumpur
    (U/P: Seksyen Pendaftaran)

    PENDAFTARAN DAN YURAN TAHUNAN
    Bayaran yuran tahunan dikenakan kepada semua permohonan yang diluluskan adalah seperti berikut:-
     Bil. Pendaftaran  Kadar Fi Pendaftaran Setahun (RM) Bayaran Lain 
    Baharu Pembaharuan
    1.  Pengeksport  300.00  200.00 *Bayaran fi salinan diperakui pendaftaran atau pembaharuan pendaftaran (Jika hilang, musnah atau rosak) – RM50
    2.  Pengimport  300.00  200.00
    3.  Pembekal  300.00  200.00
    4.  Pemeringkat  50.00  50.00
    5.  Pemproses  300.00  200.00
    6.  Pengendali Jeti  300.00  200.00
    7.  Pedagang  50.00  50.00
    8. Pengendali 50.00 50.00
    Bayaran boleh dibuat secara deposit tunai/cek/bank draf/online transfer ke akaun bank Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia seperti kaedah berikut : KAEDAH PEMBAYARAN MTIB

    Nama: LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

    Bank: Maybank (Malayan Banking Berhad)
    No. Akaun: 5644-0982-2932

    PENGEKSPORT sahaja di WAJIBKAN menjadi ahli salah satu persatuan yang diperakukan 
    oleh Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 [Akta 105] iaitu seperti berikut:-
    a. Timber Exporters Association of Malaysia (TEAM) (Tel. No : 03 - 9284 7443/45)
    b. Malaysian Wood Industries Association (MWIA) (Tel. No : 03 - 9282 1778)
    c. Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kayu Kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA) (Tel. No : 03 - 92825213)
    d. Malaysian Panel Product Manufacturers’ Association (MPMA) (Tel. No : 03-9202 6937) 
    e. Malaysian Wood Mouldings & Joinery Council (MWMJC) (Tel. No : 03 - 9283 7893)
    f. Malaysian Furniture Council (MFC) (Tel. No : 03 - 9282 2333)


Terakhir dikemaskini: 11 Mei 2026