LATAR BELAKANGSeksyen 13, Akta 105, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia menyatakan bahawa
“Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai pengeksport, pengimport, pembekal, pemeringkat, pemproses, pedagang, pengendali atau pengendali jeti melainkan jika dia telah didaftarkan di bawah akta ini”.
KAEDAH PENDAFTARAN
A. MELALUI SISTEM ONLINE (Bagi Pendaftaran Pengeksport, Pembekal, Pemproses, Pengendali Jeti & Pemeringkat)http://mcs4.mtib.gov.my/mcsB. SECARA MANUAL (Bagi Pendaftaran Pengimport, Pedagang & Pengendali)Memuaturun dan mengisi Borang Permohonan seperti berikut:-
a) Pengimport –
(Rujuk Prosedur Import)b) Pedagang –
Borang Permohonan Pedagangc) Pengendali –
Borang Permohonan PengendaliMohon rujuk
Garis Panduan Pendaftaran untuk maklumat lanjut
Rujuk pautan berikut bagi
senarai dokumen wajib pendaftaran: SENARAI DOKUMEN WAJIB PENDAFTARSemua dokumen wajib pendaftaran hendaklah dikemukakan melalui serahan tangan atau pos ke alamat berikut:
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (Malaysian Timber Industry Board)
Tingkat 13–17, Menara PGRM,
No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras,
56100 Kuala Lumpur
(U/P: Seksyen Pendaftaran)
PENDAFTARAN DAN YURAN TAHUNANBayaran yuran tahunan dikenakan kepada semua permohonan yang diluluskan adalah seperti berikut:-
| Bil. |
Pendaftaran |
Kadar Fi Pendaftaran Setahun (RM) |
Bayaran Lain |
| Baharu |
Pembaharuan |
| 1. |
Pengeksport |
300.00 |
200.00 |
*Bayaran fi salinan diperakui pendaftaran atau pembaharuan pendaftaran (Jika hilang, musnah atau rosak) – RM50 |
| 2. |
Pengimport |
300.00 |
200.00 |
| 3. |
Pembekal |
300.00 |
200.00 |
| 4. |
Pemeringkat |
50.00 |
50.00 |
| 5. |
Pemproses |
300.00 |
200.00 |
| 6. |
Pengendali Jeti |
300.00 |
200.00 |
| 7. |
Pedagang |
50.00 |
50.00 |
| 8. |
Pengendali |
50.00 |
50.00 |
Bayaran boleh dibuat secara deposit tunai/cek/bank draf/online transfer ke akaun bank Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia seperti kaedah berikut :
KAEDAH PEMBAYARAN MTIB
Nama: LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA Bank: Maybank (Malayan Banking Berhad) No. Akaun: 5644-0982-2932
PENGEKSPORT sahaja di WAJIBKAN menjadi ahli salah satu persatuan yang diperakukan oleh Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 [Akta 105] iaitu seperti berikut:-a. Timber Exporters Association of Malaysia (TEAM) (Tel. No : 03 - 9284 7443/45)
b. Malaysian Wood Industries Association (MWIA) (Tel. No : 03 - 9282 1778)
c. Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kayu Kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA) (Tel. No : 03 - 92825213)
d. Malaysian Panel Product Manufacturers’ Association (MPMA) (Tel. No : 03-9202 6937)
e. Malaysian Wood Mouldings & Joinery Council (MWMJC) (Tel. No : 03 - 9283 7893)
f. Malaysian Furniture Council (MFC) (Tel. No : 03 - 9282 2333)