SKIM INSENTIF PEMBANGUNAN KAPASITI PEMPROSESAN PATI MINYAK GAHARU
SKIM INSENTIF PEMBANGUNAN KAPASITI PEMPROSESAN PATI MINYAK GAHARU
MTIB sedang melaksanakan Program Pembangunan Usahawan Industri Gaharu yang merupakan salah satu inisiatif bagi mengalakkan pertumbuhan industri hiliran Gaharu terutamanya dalam penghasilan Gaharu secara inokulasi dan pemprosesan Pati Minyak Gaharu.
Di bawah program ini, MTIB menyediakan bantuan Skim Insentif Pembangunan Kapasiti Pemprosesan Pati Minyak Gaharu kepada usahawan industri gaharu sedia ada untuk menaik taraf keupayaan kapasiti pemprosesan Pati Minyak Gaharu. Had nilai pembiayaan maksimum sehingga RM50,000 bagi setiap permohonan.
Kriteria dan syarat-syarat permohonan skim insentif ini boleh dirujuk menerusi garis panduan yang disediakan.
Sila klik DI SINI untuk memuat turun garis panduan insentif tersebut.
Untuk memohon, Borang Permohonan boleh dimuat turun DI SINI .
Permohonan boleh dibuat mulai sekarang.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Bahagian Pembangunan Industri
Puan Nor Shahira Mat Nasir / Encik Muhd Muzakkir Kamaruzaman
Talian: 03-9282 2235 (sambungan 1354 / 1353)
English

Bahasa Melayu