PENGUMUMAN UNTUK PENGEKSPORT YANG TIDAK AKTIF DALAM SISTEM MCS
Dimaklumkan bahawa MTIB akan melaksanakan pemulangan baki akaun ses untuk pengeksport yang tidak aktif atau telah tamat tempoh dalam sistem MCS. Pengeksport yang ingin memohon pemulangan baki boleh merujuk format surat di Lampiran 1 dan menyemak senarai nama pengeksport di Lampiran 2 .
Tuntutan pemulangan baki ini perlu dibuat selewat-lewatnya pada 15 Januari 2025. Sekiranya tiada tuntutan dibuat sebelum tarikh tersebut, MTIB akan memindahkan baki akaun ses ke Akaun Wang Tak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara. Sebarang tuntutan hanya boleh dibuat selepas 15 April 2025 kepada Jabatan Akauntan Negara tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan oleh jabatan tersebut.
Untuk proses tuntutan, sila emelkan surat tuntutan baki ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi 03-9282 2235 untuk maklumat lebih lanjut.
Sekian, terima kasih.
English

Bahasa Melayu