KUOTA EKSPORT 2026: PRODUK KARAS/GAHARU DAN KAYU RAMIN
Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) di bawah Seksyen 6(1) dalam Jadual Pertama menyatakan bahawa Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) adalah Pihak Berkuasa Pengurusan (Management Authority-MA) dan Seksyen 19 dalam Jadual Kedua pula menyatakan MTIB adalah Pegawai Penguat Kuasa (Enforcement Officer-EO) untuk spesies kayu terjadual CITES bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Sejajar dengan peranan ini, MTIB mengumumkan kuota eksport untuk tahun 2026 bagi produk kayu Ramin sumber daripada liar (W) adalah sebanyak 5,000 m3. Manakala kuota eksport bagi produk Karas/Gaharu sumber daripada liar (W) adalah sebanyak 5,000 kg.
Permohonan kuota eksport produk kayu Ramin dan produk kayu Karas/Gaharu boleh dimohon mulai hari ini dan hendaklah mengikut syarat-syarat kelulusan yang ditetapkan. Panduan permohonan permit CITES boleh dirujuk di sini [https://www.mtib.gov.my/perkhidmatan/pendaftaran/cites].
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Seksyen Pelesenan - Nik Zuraihah binti Nik Mohammad / En Mohamad Firdaus Abas di talian 03-9282 2235 sambungan 1336 /1360.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Export Quota 2026: Karas/Agarwood Products and Ramin Timber
The International Trade in Endangered Species Act 2008 (Act 686) under Section 6 (1) of the First Schedule states that the Malaysian Timber Industry Board (MTIB) is a Management Authority (MA) and Section 19 of the Second Schedule, states that MTIB is an Enforcement Officer (EO) for CITES listed timber species for Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan.
In line with this responsibility, MTIB announced an export quota for 2026 for Ramin timber products sourced from wild (W) is 5,000 m3. While export quota for Karas/Agarwood products sourced from wild (W) is 5,000 kg.
Applications for export quotas for Karas/Gaharu, and Ramin timber products can be submitted beginning today and must adhere to the terms and conditions. The CITES permit application guide can be found here [https://www.mtib.gov.my/perkhidmatan/pendaftaran/cites].
For further inquiries please contact the Licensing Section - Nik Zuraihah binti Nik Mohammad / Encik Mohamad Firdaus Abas at 03-9282 2235 extension 1336 / 1360.
English

Bahasa Melayu