HEBAHAN PENGGUNAAN AKAUN BANK BAHARU MTIB BAGI URUSAN PENDAFTARAN DAN PELESENAN DI IBU PEJABAT MTIB
Dimaklumkan bahawa Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah membuka akaun Maybank khas bagi menguruskan semua transaksi bayaran berkaitan urusan pendaftaran dan pelesenan MTIB.
Semua pihak syarikat adalah dimohon menggunakan akaun berikut bagi semua urusan berkaitan pendaftaran dan di Ibu Pejabat MTIB (bayaran fi pendaftaran, tambah nilai akaun MCS, permohonan sijil MyTLAS, kompaun dan lain-lain berkaitan).
Nama Akaun Bank: Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
Nama Bank : Maybank (Malayan Banking Berhad)
No Akaun : 564409822932
Pihak syarikat juga dimohon mengemukakan bukti pembayaran bagi memudahkan semakan dan pengesahan transaksi. Kerjasama pihak tuan/puan amat dihargai.
English

Bahasa Melayu