HEBAHAN KEPERLUAN PENDAFTARAN BAGI SYARIKAT PENGESKPORT
Pelanggan yang dihormati,
Keperluan Pendaftaran dengan Persatuan Kayu yang Diiktiraf oleh MTIB
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah MTIB ke-242 Bil. 5/2024 telah membuat keputusan penting mengenai keperluan pendaftaran bagi semua pengeskport kayu. Berkuat kuasa 1 Januari 2025, semua pengeskport diwajibkan untuk berdaftar dengan salah satu daripada enam (6) persatuan kayu yang diiktiraf oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).
Persatuan-persatuan yang diperakui di bawah Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105] adalah seperti berikut:
| PERSATUAN | NO. TELEFON |
|---|---|
| a. Persatuan Pengeksport Kayu Malaysia / Timber Exporters Association of Malaysia (TEAM) |
No. Tel. : 03 - 9284 7443 / 45 |
| b. Persatuan Perindustrian Kayu Malaysia / Malaysian Wood Industries Association (MWIA) |
No. Tel. : 03 - 9282 1778 |
| c. Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kayu Kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA) | No. Tel. : 03 - 9282 5213 |
| d. Persatuan Pekilang Panel Malaysia / Malaysian Panel Product Manufacturers’ Association (MPMA) |
No. Tel. : 03 - 9287 2152 / 2618 |
| e. Majlis Kayu Kumai & Tanggam Malaysia / Malaysian Wood Mouldings & Joinery Council (MWMJC) |
No. Tel. : 03 - 9283 7893 |
| f. Majlis Perabot Malaysia / Malaysian Furniture Council (MFC) |
No. Tel. : 03 - 9282 2333 |
English

Bahasa Melayu