HEBAHAN KAEDAH PEMBAYARAN FI PENDAFTARAN / PEMBAHARUAN PENDAFTARAN / PENGGANTIAN SIJIL PENDAFTARAN
Dimaklumkan kepada semua syarikat/pemohon yang berurusan dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bahawa pembayaran fi bagi urusan berikut boleh dibuat melalui kaedah pembayaran yang dinyatakan :
- Pendaftaran Baharu
- Pembaharuan Pendaftaran
- Penggantian Sijil Pendaftaran (Hilang / Musnah / Rosak)
- PEMBAYARAN MELALUI DEPOSIT TUNAI
Bagi pembayaran melalui deposit tunai, sila pastikan maklumat berikut dinyatakan pada slip deposit:
Nama Syarikat / Pemohon
Tujuan Bayaran:
Pendaftaran Baharu; atau
Pembaharuan Pendaftaran; atau
Penggantian Sijil (Hilang / Musnah / Rosak)
- PEMBAYARAN MELALUI CEK / BANK DRAF
Bagi pembayaran menggunakan cek, bank draf atau wang pos, sila tuliskan maklumat berikut di bahagian belakang instrumen bayaran:
Nama Syarikat / Pemohon
Tujuan Bayaran:
Pendaftaran Baharu; atau
Pembaharuan Pendaftaran; atau
Penggantian Sijil (Hilang / Musnah / Rosak)
Nota Peringatan:
Sila pastikan NAMA akaun Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan NOMBOR akaun 5644-0982-2932 adalah betul.
- PEMBAYARAN MELALUI ONLINE TRANSFER
Bagi pembayaran melalui pindahan atas talian (online transfer), sila masukkan maklumat berikut pada ruangan rujukan transaksi:
Nama Syarikat / Pemohon
Tujuan Bayaran:
Pendaftaran Baharu; atau
Pembaharuan Pendaftaran; atau
Penggantian Sijil (Hilang / Musnah / Rosak)
PERINGATAN PENTING
Semua pemohon/syarikat DIWAJIBKAN mengemukakan salinan slip atau bukti pembayaran kepada MTIB semasa penghantaran dokumen permohonan bagi tujuan semakan dan pengesahan. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Lampiran 1
PENDAFTARAN DAN YURAN TAHUNAN
Bayaran yuran tahunan dikenakan kepada semua permohonan yang diluluskan adalah seperti berikut :-
|
Bil. |
Pendaftaran |
Kadar Fi Pendaftaran Setahun (RM) |
Bayaran Lain |
|
|
Baharu |
Pembaharuan |
|||
|
1. |
Pengeksport |
300.00 |
200.00 |
*Bayaran fi salinan diperakui pendaftaran atau pembaharuan pendaftaran (Jika hilang, musnah atau rosak) – RM50 |
|
2. |
Pembekal |
300.00 |
200.00 |
|
|
3. |
Pemproses |
300.00 |
200.00 |
|
|
4. |
Pengendali Jeti |
300.00 |
200.00 |
|
|
5. |
Pemeringkat |
50.00 |
50.00 |
|
|
6. |
Pengimport |
300.00 |
200.00 |
|
|
7. |
Pedagang |
50.00 |
50.00 |
|
|
8. |
Pengendali |
50.00 |
50.00 |
|
Bayaran boleh dibuat secara atas talian (Deposit Tunai/Cek/Bank Draf/Online Transfer) ke akaun bank MTIB seperti berikut :-
Nama: LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Nama Bank: Maybank (Malayan Banking Berhad)
No. Akaun: 5644-0982-2932
English

Bahasa Melayu