PROGRAM PENGURUSAN LEAN MTIB SESI 2025/2026


Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan menganjurkan Program Lean Creanova yang merupakan acara kemuncak kepada pelaksanaan Program Pengurusan Lean MTIB sesi 2025/2026 seperti berikut:
Tarikh: 8 Julai 2026 (Rabu)
Masa: 9.30 pagi – 3.30 petang
Tempat: Dewan Persidangan MTIB, Tingkat 13, Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur
Program ini akan menampilkan perkongsian daripada enam (6) syarikat perkayuan mengenai pelaksanaan projek Pengurusan Lean dan amalan pengilangan terbaik. Perkongsian ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti secara sistematik, dengan fokus utama terhadap pengurangan pembaziran. Selain itu, pameran serta jualan buku dan produk daripada Penerbitan MTIB turut diadakan bagi memeriahkan program
Semua dijemput hadir.
Pertanyaan lanjut boleh dibuat kepada :
i) Pn. Surina Aziz (019 356 3031)
ii) Pn. Norlida Jaafar (012 381 8637)
Bahasa Melayu

English